Tuesday, October 21, 2008

kakak

atuk....
kakak takut bila:
............ambil darah
............makan "sirap"
............cuci "tube"
............pergi PPUM, HSSI,HTAJb
............bila mama pakai baju baru
tapi kakak tak tahu nak cakap.

atuk....
kakak kasihan mama :
.......jarang ke klinik
.......terkejar-kejar bekerja dalam rumah
.......mama kurang makan dan tidur
.......mama marah kakak
.......mama tidak ceria lagi.

atuk....
kakak kasihan abah:
......tiada masa rehat
......penat drive sana -sini
......malam jaga kakak
......abah pun tidak ceria lagi.

atuk....
mama makin kurus
abah nakin kurus
tapi atuk kata kakak montel
atuk kata kakak kurus sikit
atuk kata kakak montel
mak ina kata kakak montel.

atuk....
kakak kasihan atuk:
tinggal rumah
tinggal masak-masak
tinggal internet
tinggal astro
kena marah ...(maafkan mama).

along dan angah makin sayang kakak.

atuk:::
kakak sedih
kakak takut
kakak kasihan
tapi kakak redha....

mama,abah, along,angah, atuk
ALLAH sayang family kita
JADI "LA TAHZAN"

kakak sayang semua tapi
kakak belum pandai nak cakapkan.

Sunday, June 15, 2008

KEKAYAAN

Apa yang kamu cari dari hidup ini...harta (kekayaan dan wang ringgit), nama, pangkat,pujian dan ?...........Insyaalah akan dapat kalau berusaha,
Apa pula yang kamu mahu selepas hidup ini....syurga ? ...Insyaalah akan dapat kalau berusaha,
BERUSAHA itulah tugas manusia
TETAPI...
# IA TIDAK MENGHALALKAN SEMUA CARA
# IA TIDAK MENGIZINKAN SEMUA CARA
# IA MISTI BERPANDUKAN AGAMA
# IA MISTI DISERTAI DENGAN IMAN DAN AMAL SOLEH
# IA MISTI DILAKUKAN TANPA MENGYENGUTUKAN "NYA" DENGAN YANG LAIN
# IA MISTI DISERTAKAN DENGAN KEIKHLASAN.

TERUS BERUSAHA

Wednesday, April 16, 2008

Keluaragaku.. Tahukah anda semua?

1. orang yang banyak bercakap jarang ada kesedaran dihatinya

2. orang yang banyak makan jarang keluar kata hikmat dari mulutnya

3. orang yang terlalu sosial ibadahnya tiada rasa manisnya

4. orang yang sentiasa mencari dan kasih akan dunia Khusnul Khatimahnya tiada akan didapati

5. orang bodoh hatinya akan turut bodoh

6. orang yang memilih kawan dengan orang yang suka menzalimi agamanya tidak akan lurus

7. Jangan harap dapat Keredhan Allah jika kamu selalu mencari keredhan manusia.

Wasiat Allah Kepada Manusia Melalui Rasulullah

1. Jangankau harapkan hatimu kepada dunia kerana dunia bukan untuk engkau

2. Cintailah Aku kerana kau akan kembali kepadaKU

3. Bersungguh-sungguhlah beramal untuk mencari syurga

4. Putuskan harapan dari mahkluk dan jangan sekali-kali sekutukanKu dengan yang lain kerana kuasa bukan ditangan mereka

5. Bertahjudlah diwaktu orang lain nyenyak tidur kerana banyak pertolongan akan didapati melalui qiamullail

Saturday, April 12, 2008

Kekuasaan Allah

Tiada kuasa di dunia yang kekal. Hanya Allah yang Kekal. Ingatlah

Saturday, March 1, 2008

SERAH DIRIMU

Sekiranya kamu rasa:

kesepian dan kesorangan
risau dan keluh kesah
kecewa dan gagal dan putus harapan
berdukacita dan gundah-gulana
takut dan berdebar-debar
diganggu dan dikhianati
hendak menghadapi musuh
rungsing dan resah-gelisah
serba tak kena dan serba tak jadi

serahlah dirimu kepadaNYA,datanglah kepadaNYA dan
ucapkanlah zikir ini banyak-banyak:

حَـسْـبـُنـَالله وَنِعـْمَ الْوَكَيلْ
و َنـِعـْمَ الْمـَولـَي و َنِعْمَ الْنـَصـِـيـْر


لآ َحَول َوَلا َقُوَة َإ ِلا َبِا اللِه الْعَلِي ِالْعـَظـِيمِ


Allah yang Mencukupi aku dan DIA yang sebaik-baik Penjamin,sebaik-baik Memberi Perlindungan dan sebaik-baik Memberi Pertolngan
Tiada kekuatan dan kuasa melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Ingatlah kepada Allah masa kita senang (dengan bertakwa kepadaNYA)dan Allah akan ingat kepada kita masa kita susah.

Kalau kita datang pada Allah sejengkal (Mohon pertolongan)Allah akan datang kepada kita sehasta (mengambarkan cepatnya Allah menyahut panggilan kita),kalau kita datang pada Allah sehasta Allah akan datang kepada kita sedepa dan kalau kita datang kepada Allah berjalan Allah akan datang kepada kita berlari.

Insyaallah

Saturday, January 5, 2008

penyakit manusia

Rasullullah s.a.w. berpesan:

Setiap perlakuan manusia itu pasti ada penyakit disebaliknya:

1. Sekiranya banyak bercakap.... akan banyak bohongnya
2. Apabila banyak ilmu...........ada yang akan lupa
3. Apabila banyak beribadah......jika tidak ikhlas akan jadi riyak
4. Apabila terlalu berani........akan suka menyerang
5. Apabila menjadi dermawan......syaitan suruh membangkit-bangkitnya
6. Apabila malu..................akan menjadi lemah
7. Apabila kaya..................akan jadi kedekut/bakhil
8. Apabila kuat agama............akan mengikut nafsu
9. Apabila dapat kemuliaan.......akan menyumbung diri
10.Apabila berikhlak mulia...... akan kagum dengan diri sendiri.

Jadi ....JAGA-JAGALAH

RIYAK ITU ADA 3 CIRI

RAJIN BERIBADAH APABILA DILIHAT ORANG
MALAS BERIBADAH APABILA BERSENDIRIAN
INGIN DAPAT PUJIAN DALAM SEMUA PERKARA