Monday, December 31, 2007

AZAM TAHUN BAHARU

BERTAMBAH TAHUN SEMAKIN DEKAT
BANYAK TAHUN SEDIKIT TAHUN
TAMBAH TAHUN KURANG TAHUN
TAMBAH JADI KURANG
BANYAK JADI SEDIKIT
BERWASPADALAH
TAHUN AKAN TETAP MENDATANG
dan Ia AKAN TETAP DATANG JUA
ADAKAH KITA AKAN DATANG DENGAN:-
menaiki kenderaan
berjalan kaki
berjalan dengan kepala ke bawah
PILIHANNYA SEKARANG
BUKAN DI SANA
AZAMNYA SEKARANG
BUKAN DIAKHIR TAHUN KITA.

Tuesday, December 4, 2007

Ku Carimu Dalam Mimpiku

Ku tatapi Shahih Muslim
Ku hayati Shahih Bukhari
Ku Baca Imam Nawawi
Ku teliti Hadis Qudsi
(di mana kau),

Berbahagialah hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Jadi serilah wajah tubuhku
(Walaupun ia dalam mimpiku,)

Pasti bahagianya hidup ini
Andai dapat ku peluk tubuhmu
(Walaupun ia dalam mimpiku)
mengalir darah iman dalam diriku
Untuk mengikut segala ajaranmu,

Ya Rasulullah ya Habiballah
Aku sentiasa menurutmu,

Allahumma salli ala saidina Muhammad
Wa ala a lihi Muhammad,

Alagkah nyaman hidup ini
Andai dapat ku mengikut akhlakmu
Tiada syukur yang dapat ku lafazkan
Hanya kepada Allah ku pohon lagi,

Ya Muhannad Ya Rasulullah
Kekalkanlah aku sebagai umatmu
Ya Rasulullah ya Habibillah
Ku menanti akan syufaatmu.
di akhir nanti.........

Ku tetap mencari mu.

Wednesday, November 28, 2007

Memancing



Pada mulanya hobi memancing ini adalah terpaksa,
Lepas itu ia menjadi hobi yang menyeronokkan,
Kemudian hobi ini terpaksa ditinggalkan,
Dan sekarang ia menjadi kenangan.

(Gambar di atas ialah tangkapan terbesar semasa memancing di Pulau Aur, Mersing.Hampir setengah jam "bermain" dengan ikan YU Kemejan (Rhincodon typus) ini baharu boleh dinaikkan ke perahu selepas bergilir-gilir "melayannya" bersama kawan-kawan yang sama-sama seperahu memancing."

Apabila sedang memancing dilaut semuanya rasa seronok:

Mabuk laut seronok
Muntah di laut seronok
Kena ribut seronok
Dapat ikan seronok
Tak dapat ikan pun seronok
Apa sahaja yang dimakan seronok.

Masa memancing dengan rakan-rakan kita tidak pernah marah, bertengkar, masam muka,
tidak sependapat dan tidak mengumpat orang. Inilah yang mengembirakan. Inilah nikmat Allah diantara banyak nikmat-nikmatNya.Bersyukurlah.

Friday, November 23, 2007

Kejahatan Manusia

Jikalau kita dikhianati atau disusahkan oleh manusia yang tidak boleh melihat kita hidup aman-damai dan selisa maka baca ayat di bawah ini selepas solat (baca banyak kali )dengan NIAT agar Allah menyelamatkan kita dari azab yang kita sedang hadapi dan kembalikan azab itu kepada yang menyusahkan kita.

Surah No. 85 ..Al-Buruj ..ayat 12::

إِِ نَّ بـَطـْشَ رَبـِّكَ لـَشـَد ِيدٌ

Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar)
amatlah berat.

Lakukanlah amalan ini dengan ikhlas kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas Hamba-HambaNYA.

Monday, November 12, 2007

jangan lupa

أعوذ بالله من الشطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم


لا حول ولا قوة الا با لله العلى العظيم

Baca ini bila hendak memulakan segala pekerjaan.

Tuesday, October 9, 2007

Motivasi

MOTIVASI TERBAIK UNTUK KEHIDUPAN DI DUNIA:

lehat orang yang lebih rendah dari kita

Kalau kita melihat orang berkereta besar bersyukurlah kita ada kereta kecil,
Orang yang bermotosikal bersyukurlah kerana kita tidah perlu mengayuh basikal,
Orang yang berjalan kaki bersyukurlah kerana kita tidak disorong orang untuk
ke sana kemari,
Orang yang disorong bersyukurlah kita tidak terbaring koma di katil.

Walau bagaimana pun kita misti terus berusaha untuk membaiki kehidupan kita
kerana Allah suka pada muslim yang mencari kebahagian dunia untuk kebahagian
di akhirat.

MOTIVASI TERBAIK UNTUK KEHIDUPAN DI AKHIRAT:

lehat orang yang lebih tinggi dari kita

Kalau kita melihat orang banyak besedekah kita misti bersedekah lebih darinya,
Kalau kawan kita awal ke masjid kita misti pergi lebih awal,
Kalau kita melihat sahabat kita membantu anak yatim kita membantu lebih
ramai anak yatim ..........dan begitulah seterusnya

TETAPI

kita kena lakukan dengan ikhlas dan kerana Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.Insya'Allah kita akan berbahgia dunia akhirat.

Sunday, October 7, 2007

Ramadhan

Ramadhan kini akan berakhir.Bagaimana puasa kita?.
Adakah Perut,
Mulut,
Mata,
Telinga,
Tangan,
Kaki,
Hati kita telah berpuasa?
Bagaimana Solat kita?, Tarawikh kita?, Sudahkah membayar zakat dan fitrah?.
Bertambahkah amalan kita? banyakkah bacaan al-quran kita? Bagaiman Qiamulail kita?
Mudah-mudahan kita menjadi manusia semakin baik selepas Bulan Ramadhan dan kita berdoa agar dapat berjumpa lagi Ramadhan Tahun Hadapan, Insya Allah.
Selamat Berhari Raya.

Tuesday, September 11, 2007

Sembahyang

Sembahyang itu Tiang Agama. Semua orang Islam tahu ini. Tiang amat penting dalam pembinaan setiap bangunan. Tak kiralah sama ada ia bangunan tidak bertingkat, satu tingkat atau bertingkat-tingkat. Tiangnya memainkan peranan penting sama ada bangunan itu kukuh atau tidak, mudah runtuh atau tidak,mudah goyang atau tidak.Tiang akan "memeliharakan" rumah.
Bila ada rumah baharulah kita boleh isi rumah itu dengan berbagai-bagai perhiasan dan perabot. Boleh beli dari mana-mana kedai dan dari mana-mana negeri.Bila kita masuk dalam rumah tersebut maka tenanglah hati kita.
Cuba kita fikikan bagaimana kecewanya kita apabila kita sudah membeli semua perkakas dan perhiasan rumah tiba-tiba apabila hendak memasukkan barang-barang ini ke dalam rumah, rumah kita tiada.
Begitulah halnya dengan segala ibadat, sedekah, amalan baik, senyum-simpul, derma,tolong-menolong,lemah-lembut dan sebut sahajalah apa yang baik yang kita lakukan tidak akan dikumpul, tidak akan dihisab, tidak akan dikira sekiranya
Tidak Sembahyang
Kecewa di dunia, kita boleh sedar, insaf dan bertaubat. Tetapi AWAS
jangan kecewa di Akhirat.Wallah hu a'lam.

Saturday, September 1, 2007

Kedatangan Ramadhan

Insyaallah Ramadhan akan tiba lagi.Bersyukurlah kita terhadap Ilahi kerana dengan Rahmatnya memungkinkan kita berpuasa selama sebulan dan menambah 6 hari lagi dalam Bulan Syawal. Kita berdoa kepada Allah agar kita dapat melakukan puasa dengan baik,bertarawikh, qiammulail dan dapat menikmati Malam Lailutul Qadar.

Ibadat Puasa akan hilang ibarat debu di atas batu yang licin apabila ditimpa hujan. Kita bertanya kepada Allah di Hari Penghisaban nanti:
... mana amal puasaku..
dan kita akan ditayang amalan Solat kita:
...Tiada Solat...
maka tiadalah pahala puasa dan semua pahala amalan baik kita.
**********************************
Akibat letih berpuasa bolehkah solat 4 waktu sahaja, tiggal Subuh lah contohnya kerana mengantuk lepas bersyahur?
Tetapai Allah perintah buat 5 Waktu. Berani dan kuatkah kita melawan Allah?
Ingat Video dan Audio amalan kita sentiasa terpasang dan sentiasa aktif dan sentiasa enable.
Renungan dan peringatan sahaja.

Friday, August 17, 2007

Kawan ke Musuh ?

Iblis/Syaitan akan benci kita jika kita:

* Berniaga dengan jujur
* Mengerjakan solat dengan khusyuk
* Selalu memberi nasihat yang baik
* Sentiasa berkasih sayang
* Segera bertaubat apabila melakukan dosa
* Menjauhkan diri dari terlibat perkara yang haram
* Banyak bersedekah
* Baik akhlak
* Selalu membaca dan menghafal Al-Quran
* Selalu solat waktu malam

Iblis/Syaitan akan sayang kita bila kita:

# Bila kita tidak adil dalam membuat keputusan
# Sombong apabila kita kaya
# Menghianati dalam perniagaan
# Peminum arak
# Memutuskan tali persaudaraan
# Makan harta riba'
# Makan harta anak yatim
# Lambat/lengah mengerjakan solat dan selalu meninggalkan solat
# Kalau kita kedekut
# Kuat angan-angan kosong

Kalau benci ...... menjauhi dan tidak ganggu kita
Kalau sayang...... mendampingi dan sentiasa berada dengan kita.

Tapi Allah berkata " Syaitan ialah musuh kamu yang nyata"

Adakah kita ada pilihan?
Marilah menjadikan Iblis dan Syaitan musuh kita dan berusaha supaya dia
membenci kita.

Hanya Allah Sebagai Pelindung

Sunday, August 12, 2007

Menasik Haji 6


Di Mekah:

6.1. Bagi Jumaah yang tinggal di Mina hingga 13hb. Zulhijjah
maka apabila tiba di Mekah:

6.1.1. Melakukan Tawaf Ifadhah (Rukun)
6.1.2. Sa'ie Haji (Rukun)

(Peringatan ... tiada perlu memakai Ihram semasa melakukan Tawaf dan Sa'ie ini dan tidak perlu Bertahlul lagi).....Ini dinamakan Tahalul Thani.

(LEPAS INI MAKA BOLEHLAH DI PANGGIL PAK/MAK HAJI.)

6.2. Semasa menunggu kembali ke Tanah Air :

6.2.1. Melakukan Tawaf Sunat
6.2.2. Melakukan Umrah Sunat
6.2.3. Membeli belah.

6.3. Sebelum meninggalkan Mekah untuk Ke Jiddah :

6.3.1. Melakukan Tawaf Wida' (Wajib_)

KEMBALI KE TANAH AIR.

UNTUK MENDAPAT HAJI YANG MABRUR SEGALA AMALAN, PERLAKUAN,ADAB DAN TUTUR-KATA KITA
HENDAKLAH LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUM KITA MENUNUKAN FARDU HAJI DAN IA HENDAKLAH BERTERUSAN SEHNGGA KEMBALI KE AKHIR PENGEMBARAAN KITA. WALAH HU A'LAM.

Friday, August 10, 2007

Manasik Haji 5




(Gambar di MINA Tahun 1999)

Kita akan tinggal di Mina selama 4 hari iaitu 10hb.(Hari Nahar), 11hb.hingga 13hb.(Hari Tasyrik) Zulhijjah.


5.1. Jumaah Malaysia akan melontar Jumrah Aqabah (Wajib) pada malam
10hb. Zulhijjah
5.2. Selepas Melontar di Jumrah Aqabah ,bolehlah kita bertahlul dengan menggunting rambut di kepala/ atau bercukur. Ini dinamakan
Tahlul Awal (Wajib)
5.3. Bolehlah menananggalkan pakaian Ihram dan memakai pakaian harian biasa dan perkara yang Haram waktu dalam Ihram menjadi Halal melainkan melakukan bercumbu-cumbuan, bersetubuh dan berkhawin/ menjadi wali nikah.
5.4. Selepas ini Jumaah melakukan Qurban dan membayar Dam (kalau tidak mewakilkan pada orang lain)
5.5. Mana yang berkesempatan dan berkeupayaan serta ada kemudahan bolehlah balik ke Mekah untuk melakukan Tawaf Ifadah (Rukun) dan Sa'ie Haji (Rukun) dan balik semula ke Mina pada hari itu juga (10hb.Zulhijjah) sebelum jatuh matahari.

(Peringatan : Masa Tawaf Ifadah tidak perlu lagi memakai pakaian Ihram kerana kita telah Bertahlul Awal)

5.6. Melontar ke tiga-tiga Jumrah iaitu Jumrah Ula, Jumrah Wusta dan Jumrah Aqabah (Wajib) pada hari Tasyrik iaitu 11hb., 12hb., dan 13hb.Zulhijjah.
(Waktu melontar ialah dari gelincir Matahari hingga terbit fajar pada 11hb. dan 12hb.Zulhijjah dan pada 13hb.Zulhijjah mula dari gelincir matahari hingga jatuh matahari.

(Masa kita tidur di Mina itu dinamakan Mabit di Mina (Wajib)

(Kalau kita tidur pada 11hb dan 12hb.di Mina dan balik ke Mekah sebelum Maghrib, itu di namakan Nafar Awal. Dan yang bermalam 11hb., 12hb.,13hb.di Mina itu dinamakan Nafar Thani (Yang lebih Afdal).

Jemaah akan bertolak balik ke Mekah pada13hb. Zulhijjah.



(bersambung di Manasik Haji 6.)

Manasik Haji 4


(Gambar di Arafah Tahun 1999)

Di Arafah:

(Tiba di Arafah pada 8hb.Zulhijjah, menaiki Bas)

Hari Wukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu Solat Zuhur)hingga terbenam matahari.(RUKUN)

Ibadat Haji tidak sah sakiranya tidak berada diArafah pada waktu tersebut. Kehadiranya adalah sekurang-kurangnya seketika sahaja:

4.1. Mendengar Khutbah Wukuf
4.2. Banayak berzikir
4.3. Banyak berdoa
4.4. Baca Al-Quran dan buatlah amalan-amalan lain.
4.5. Terus Bertalbiah.


Selalunya Jumaah akan bertolak ke Muzdalifah menaiki Bas pada sebelah malam hari tersebut jua.Di pertengahan jalan bas akan berhenti untuk memunggut batu untuk membuat melontar Jamrah.

Berhenti sebentar (Bermalam di Mudzalifah..(Wajib)).

Bas akan bertolak terus ke Mina (kira-kira 7 kilometer dari Mudzalifah) dan selalunya kita kan tiba di Mina sebelum waktu subuh.Solat Subuh di Mina.

(Peringatan: Kita hendaklah solat Jamak Maghrib dan Isya' di Mudzalifah atau di Mina kerana semasa meninggalkan Arafah kita
tidak bersolat Maghrib).

Sambung Manasik Haji 5

Thursday, August 9, 2007

Manasik Haji 3



Di Mekah:

1. Kenal pasti dahulu kedudukkan hotel kita dengan Masjidil Haram.

2. Bila sudah rehat sebentar bolehlah lakukan Tawaf Umrah (Rukun), Sa'ie Umrah (Rukun) dan Bercukur/Tahallul (Rukun).

Kita akan tinggal di Mekah hingga 8hb.Zulhijjah. Apa yang perlu kita lakukan sepanjang waktu itu:

3. Lakukan Umrah Sunat sebanyak terdaya
4. Solat berjumaah di Masjidil Haram setiap waktu
5. Banyak bersolat sunat dan berzikir di dalam Masjidil Haram
6. Banyak lakukan Tawaf sunat
7. Kalau dalam Ihram Umrah sentiasa jaga Pantang Larang Ihram
8. Jangan berebut-rebut untuk melakukan sesuatu ibadat
9. Jangan banyak cakap
10.Jangan Bergaduh
11.Sentiasa bersikap dan berniat positif apabila hendak melakukan sesuatu
12.Bolehlah membeli-belah sekadar mampu
13.Jangan meniru ibadat orang yang lain daripada Mazahab Sy'feei
14.Banyak minum air Zam-Zam
15.Jaga kesihatan pisikal dan mental
16.Sesekali bolehlah talipon ke Tanah Air.

6hb,7hb, Zulhijjah selalunya kita mula berkemas dan bersedia untuk berangkat ke Arafah. DAN:
.....Menyempurnakan membayar Dam kerana mengerjakan Haji Tamattu'(Wajib) , membayar Dam kerana melanggar pantang larang dalam Ihram dan sekiranya hendak melakukan Kurban di Mina nanti..... bolehlah dibuat melalui /mewakilkan pada wakil Tabung Haji di Mekah.

8hb.Zulhijjah
semasa di Hotel:

1. Mandi Sunat Ihram
2. Pakai Pakaian Ihram
3. Solat Sunat Ihram
4. Niat Ihram Haji (Rukun)
Jaga pantang larang dalam Ihram dan banyak-banyak bertalbiah)
5. Naik Bas untuk bertolak ke Arafah.

(akan bersambung di Manasik Haji 4)

Manasik Haji 2



Di Madinah:

1. Selalunya kita akan tinggal 9 hari di Madinah
2. Solatlatlah setiap waktu di Masjid Nabawi.
3. Ziarahlah kubur Nabi sebanyak mungkin
4. Bersolat dan berdoalah banyak-banyak di Raudah
5. Ikutlah melawat tempat bersejarah di Madinah
6. Jaga kelakuan kita di dalam Masjid khasnya di Raudah dan masa meziarahi
makam Nabi
7. Bolehlah beli kurma dan madu dan minyak wangi dan boleh pos terus ke
Malaysia melalui Tabung Haji.
8. Buat ziarah Wida' sebelum meninggalkan kali terakhir Masjid Nabawi.

Sebelum Berangkat ke Mekah:

1. Mandi Sunat Ihram
2. Pakai Pakaian Ihram
3. Di dalam Bas untuk ke Mekah banyaklah berzikir
4. Di Pertengahan perjalanan Bas akan berhenti di Jahranah/Bir Ali untuk :

4.1. Solat Sunat Ihram
4.2. Niat Ihram Umrah

5. Naik bas dan:

5.1. Jaga pantang larang dalam ihram
5.2. Banyak-bayak Bertalbiah


(akan bersambung di Manasik Haji 3)

Manasik Haji 1



Hendak pergi Haji?

1.Kumpul duit, biar bermula dari sedikit.
2.Daftar dengan Tabung Haji.
3.Pergi kursus Haji
4.Baca buku dan kitab mengenai Haji
5.Tanya pengalaman kawan-kawan yang telah pergi Haji
6.Banyakkan amalan sunat.

Sebelum bertolak dari rumah mandi sunat musafir, solat sunat musafir
dan baca doa bermusafir.
Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan saudara-mara yang hadir untuk
melihat kita bertolak ke Mekah.

Dalam kapal terbang banyaklah berwirid dan berzikir. Penerebangan makan masa
lebih kurang 8 jam.
Selalunya kalau pergi awal dan menaiki Kapal Terbang Saudi Air, akan turun di Madinah.

(bersambung di Manasik Haji 2)

Saturday, August 4, 2007

Pesan Rasulullah s.a.w.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

تَرَكْتُ فِيكُمْ اَمْرَيْنِِ ِمَا إِنْ تَمَـسَّـكْـتُـمْ بـِهِـِمَا لَنْ تَضـِلُّو أَ بَدًاكِتَابَ الله ِوَسُنـَّةَ َرَسُولِهِ

Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara,kamu tidak akan tersesat selama-lamanya,selama kamu masih terus berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah
dan Sunah RasulNya.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah (Bersamaan 7hb. Mac 632 Masihi) di Lembah Uranah, Gunung Arafah,pada hari Ukuf. Nabi wafat pada 12hb. Rabiul Awal Tahun 11 Hijriah (bersamaan 8hb. Jun 632 Masihi). Nabi lahir pada 12hb. Rabiul Awal Tahun Gajah (bersamaan 20hb. April 571 Masihi ..Hari Isnin) di Mekah.

Nabi berkhutbah:
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas Tahun ini. Oleh itu dengar dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tiada dapat hadir di sini pada hari ini. (diperenggankan untuk senang dibaca)
1. Wahai sakalian manusia sapertimana kamu menganggap bulan ini (Bulan Haji) dan kota ini (Mekah) sebagai suci
2. anggaplah jiwa dan harta setiap orang Mislim sebagai amanah suci.
3. Kembalikah harta yang yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
4. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
5. Ingatlah kamu akan menemui Tuhan kamu
6. dan dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
7. Allah telah mengharamka riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
8. Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu
9. dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar
10. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara (dosa) kecil.
11. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
12. mereka jua mempunyai hak atas kamu
13. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu
14. mereka berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
15. Layanlah wanita kamu dengan baik
16. berlemah lembtlah terhadap mereka
17. mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
18. Hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memberi izin orang yang kamu tidak sukai masuk ke dalam rumah kamu
19. dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini:
20. Sembahlah Allah
21. Dirikan sembahyang lima kali sehari
22. berpuasalah di Bulah Ramadhan
23. tunailah zakat dari harta kekayaan kamu
24. kerjalah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.
25. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
26. Kamu semua adalah sama tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya
27. kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
28. Kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
29. Awaslah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia
30. Tiada ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
31. Tiada akan lahir agama baru
Wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
32. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya
33. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Thursday, August 2, 2007

Masih Boleh Memilih

Pilihan

Yang turut....hatinya selembut sutera
Yang ingkar...hatinya sekeras besi seliut keluli
Yang turut....harum bak kasturi
Yang ingkar...sebusuk bangkai,hitam legam
Yang turut....senyum melebar
Yang ingkar...menangis darah dan nanah
Pada Hari itu
Layar Amal dipertontonkan
Ada yang memujinya
Ada yang malu hingga luluh muka kerana semua menyaksikannya
ke mana???????
ke Sini.......ada yang melambai dengan senyum lebar.....
ke Sana.......menanti dengan bengis membara....
api di tangan kanan,cabuk besi di tangan kiri



Pilihannya bila?
di sini,
ketika ini,
waktu kita sedang mengembara....
diantara 73 kumpulan......

Wednesday, August 1, 2007


Untuk keluaraga sahaja

Monday, July 30, 2007

Cucu-cucu Sedang Hairan


Mata mereka bulat sekali, mulut mereka terlopong sekali.Cucu yang laki-laki pula sedang menggaru kepala yang tidak gatal.
Mereka sedang melihat/memikir yang menghairankan?.
Cucu-cucuku,
Di dunia memang banyak yang menghairankan.
Disuruh menyembah Allah... manusia sekutukan Allah dengan yang lain. Disuruh menuju jalan ke syurga.... manusia membuat lebuh raya ke neraka. Manusia bersedekah... lepas itu mengungkitnya. Disuruh makan yang halal... manusia kebas semua. Allah beri akal dan Iman ... manusia guna nafsu dan syaitan.Diajak ziarah kubur ...manusia ke disko/tempat hiburan.Hairankan?
Kalau tidak Menghairankan.....Hairan ?????????

Sunday, July 29, 2007

Maksud Bacaan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

رب اغفرلي وارحمنى
..............

Ya Allah, Ampunkanlah aku, Rahmatikanlah aku, Kayakanlah aku, Angkatkanlah Darjatku, Berikanlah aku Rezeki, Berikanlah aku Hidayah, Sihatkanlah aku dan Maafkanlah aku.

Maksud Doa Iftitah

الله اكبر كبيرا........
.................

Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,
dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.

Saturday, July 21, 2007

Perhatian Semua Insan

1. Keredhaan Ibubapa ...... Keredhaan Allah
Kemurkaan Ibubapa ...... Kemurkaan Allah

2. Cuba lihat muka kita semasa kita sedang sangap (menguap). Nampak cantik atau tidak. Agama kita tidak suka orang menguap (sangap). Usahalah menahannya (Khasnya ketika kita sedang sembahyang) atau kalau tak boleh,tutup mulut dengan tangan. Tahu tak syaitan (musuh kita) ketawa melihat orang sangap (menguap) kerana ... orang ini sahabat dia...

3. Kalau kita baca Al-Quran, bacalah sekali Terjemahannya. Nak lagi sedap bacalah Tafsirnya. Kat mana nak cari terjemahan dan tafsirnya? Fikir sendirilah.

Tuesday, July 17, 2007

Di hadapan Rumah Tempat Kelahiran Nabi s.a.w.


Menunaikan umrah pada Tahun 1998. Bangunan ini sekarang telah dijadikan Khutub Khanah di Mekah. Tempatnya berhampiran dengan Masjid al-Haram.

Friday, July 13, 2007

Amalan Baik Membantu

BUATLAH AMAL YANG BAIK DI DUNIA

1. Wuduk Yang Sampurna: Selamat dari seksa kubur
2. Taat pada ibu bapa : Mudah menghadapi Sakaratul Maut
3. Banyak Berzikir : Syaitan Menjauhi kita
4. Solat yang kyusuk : Lepas dari seksa api neraka
5. Taat Puasa : Tiada dahaga di akhirat
6. Haji yang Sampurna : Terang benderang di akhirat
7. Sedekah yang ikhlas: Selamat dari percikkan api neraka

Pengembara

Kehidupan Manusia:
1. Berasal dari tiada
2. Berada di Alam Roh
3. Berada di Alam Rahim
4. Lahir ke Alam Dunia
5. Masuk ke Alam Kubur (Barzakh)
6. Bangkit ke Alam Akhirat.

Di Alam Dunia:
1. Bermula dari Bayi, menjadi kanak-kanak, meningkat Dewasa, menjadi Tua.
(Dalam perjalanan ini ada yang cepat kembali ke Alam Kubur).
2. Sema di Alam Dunia manusia di suruh beribadat kepada Allah dan meninggalkan laranganNya. Melaksanakan Rukun Islam dan Percaya kepada Rukun Iman.Disuruh jua berbuat baik sesama makhluk. Untuk melaksankan ini manusia diberi Akal, Quran dan Sunnah. Diberitahu jua bahawa Syaitan itu musuh manusia.
3. Maka ada gulungan manusia yang berbuat baik dan ada yang berbuat jahat.

Apabila Mati manusia dihantar ke kubur:
Yang mengikuti ke kubur:
1.Anak-anak 2. Saudara-mara 3. Harta benda 4. Amalan manusia itu
Yang Balik selepas kita dikuburkan ialah (1),(2),(3)
Yang Masuk bersama kita di dalam kubur ialah (4)
Yang Membantu Manusia semasa Dalam Alam Kubur:
Amalannya
Ilmu baik yang ditinggalkan dan di munafaatkan oleh manusia lain
Sedekah Amal Jariahnya
Doa untuknya oleh anak-anaknya yang Soleh.

Manusia dihidupkan kembali di Alam Akhirat :
Manusia pada masa itu dalam keadaan:
Bogel
Tidak Berkhatan
Rambut Kusut-Masai
Tidak Berkasut.
Manusia Menunggu Pembalasan Allah. Hanya ada 2.(DUA) Pembalasan sahaja itu Syurga atau Neraka.
MAKA BERAKHIRLAH PENGEMBARAAN MANUSIA ITU.Wallah hu a'lam.

Wednesday, July 11, 2007

Mengulangkaji

1. Rukun Islam:
  • Mengucap Dua kalimah Syahadat

أشهد أن لآ الأ الله وأشهد أن محمدا رسول الله

  • Solat sehari semalam 5 waktu
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Zakat
  • Menunaikan Haji bagi yang mampu

2. Rukun Iman

  • Beriman (percaya) kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat-Malaikat
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Rasu-Rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qadak dan Qadar

3. Bila kita tidak tahu,kita kena BELAJAR

Bila sudah BERILMU kita kena AMAL

Bila BERAMAL kita kena YAKIN

Bila YAKIN kita kena IKHLAS

2. Membaca Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu suatu amalan yang baik. Ia menjadi penghibur hati yang duka, menghilangkan kesulitan, penawar kepada penyakit hati dan jasmani. Ia akan memberi cahaya dikala kita dalam "kegelapan", melapangkan kita bila dalam kesebukan dan mendapat syufaat dari Baginda di akhirat kelak.
Melafazkan Selawat tidak perlu wang, kenderaan mewah, rumah besar, pembesar suara, media cetak /elotronik atau publisiti. Ia boleh dilakukan oleh semua kumpulan manusia dari petani, peladang, kumpulan perkerja, sokongan, professional atau Jusa atau Pemimpin Negara.
Yang diperlukan ialah ikhlas, mengamal Sunnah Nabi, mentaati perentah Allah, mengasihi Allah,nabi, manusia dan alam di sekeliling kita.
Insya Allah akan kayalah kita di dunia dan di akhirat.
Wallah hu a'lam.

Tuesday, July 10, 2007

Pengalaman semasa mengerjakan Haji Tahun 1999:

Assalam mu alaikum............ Pada masa musim Haji kita banyak mendengar cerita (orang kata) pelik dan ganjil. Saya selalu mendengar cerita ini dari kawan-kawan yang baru balik dari mengerjakan ibadat Haji.Saya jua ingin berkongsi pengalaman saya untuk anda semua.

1. Selepas solat Asar di Masjidil Haram saya dan rakan sebilik (memang kami selalu berdua ke Masjid) menaiki lift untuk ke tingkat 11 hotel yang diberi nama "Kapal Terbang" oleh Tabung Haji.Selepas keluar dari lift kami menuju ke bilik kami. Kami ternampak ada seorang Mak Cik
terjengah-jengah (agaknya sedang mencari sesaorang). Saya pun bertanya kepadanya mencari siapa. Ia berkata, " Mencari bilik Mak Cik dan rakan-rakan sebilik" Saya terlihat pada bag ditangan Mak Cik tersebut ada lambang Tabung Haji dan ada pelekat "Kapal Layar"(Nama
sebuah lagi bangunan yang disedia oleh Tabung Haji untuk Jumaah Haji dari Malaysia).
Saya berkata agaknya Mak Cik ini tinggal di bangunan Kapal Layar.Ia menjawab bahawa setiap hari di naik ke sinilah. Saya pun mengajak rakan saya menghantar perempuan ini ke bangunan "Kapal Layar" yang letaknya bersebelahan bangunan "Kapal Terbang" cuma kena betul naik liftnya sahaja (liftnya sebelah menyembelah ).
Saya memberitahu Mak Cik tersebut supaya lain kali pergilah dengan kawan, jangan bersaorangan ke Masjid.
Pada hari esoknya saperti biasa saya dan kawan saya ke masjid dan menaiki lift untuk kebilik kami selepas solat. Di Tingkat 11 kami melihat semua bilik tertutup, kami cuba membukanya tetapi berkunci. Saya memberi salam dan mengetuk pintu bilik tersebut. Tiada jawapan.Kawan saya berkata selalunya bilik-bilik tidak pernah berkunci dan kenapa semuanya senyap . Sedang kami mengetuk dan memberi salam ( badan dah mula berpeluh) saya ternampak seorang Pemuda Arab keluar dari lift dan menuju ke arah kami. Ia berbahasa Inggeris dan bertanya kami mencari siapa.Ia menyatakan jua bahawa di tingkat ini semua disewa oleh rakan-rakannya.Saya bertanya arah bangunan Kapal Terbang. Ia senyum dan menunjukkan supaya menggunakan lift yang bersebelahan. Rupanya kami tersalah lift.
Di bilik kawan saya berkata "Kita tersalah cakap pada Mak Cik yang semalam tu menyuruhnya berkawan dan jangan berjalan seorang."
Pelajaran: Di Mekah dan Madinah jangan tersalah cakap atau tersalah niat.

2. Saya dan rakan saya (yang sama) di dalam Masjidil Haram menunggu solat Zohor. Tiba-tiba kain Ihramnya terkena Najis Burung Merpati yang agak banyak. Ia menyatakan yang ia kena balik ke bilik untuk menukar kain Ihram yang lain dan akan datang semula nanti. Balik nanti dia akan tunggu di Hadapan Pintu luar King A. Aziz (Nama sebuah pintu memasuki ke dalam Masjid...........tempat kami sentiasa masuk dan keluar masjid).Dia bertanya sambil ketawa " boleh keluar sendiri ?" . Saya jawab "Boleh , awak tunggu diluarlah nanti kita balik bersama"

Selepas solat saya menuju ke pintu King A. Aziz, tiba-tiba saya lehat tiada tangga untu turun ke tingkat bawah (saya memang selalu solat di tingkat satu). Saya menuju ke pintu lain yang berhampiran tetapi tiada juga tangga untuk turun. Saya tertanya-tanya dalam hati kemana semua tangga ke tingkat bawah dan macam mana jumaah lain turun ke bawah.
Sedang saya ke sana sini dalam ruang masjid itu saya ditegur oleh seorang jumaah dari Malaysia (melihat bag di tangannya ada lambang Tabung Haji Malaysia). Saya memberitahunya saya sedang mencari tangga untuk turun ke tingkat bawah. Tanpa berkata apa-apa di memegang tangan saya dan terus menuju ketangga berhadapan tempat saya berdiri. Memang ada tangga dan ramai jumaah sedang trun naik tangga tersebut .Saya pun turun macam biasa dan nampak kawan saya sedang menunggu di luar Masjid. Ia bertanya kenapa saya lambat. Saya senyum, dan berkata bahawa saya akan cerita nanti di bilik.
Pelajaran : Jawablah "Insya Allah" kita tidak boleh berjaya sekiranya tiada izin dariNYA.
(berjumpa lagi dan kalau ada pengalaman sila komen di sini)