Monday, July 30, 2007

Cucu-cucu Sedang Hairan


Mata mereka bulat sekali, mulut mereka terlopong sekali.Cucu yang laki-laki pula sedang menggaru kepala yang tidak gatal.
Mereka sedang melihat/memikir yang menghairankan?.
Cucu-cucuku,
Di dunia memang banyak yang menghairankan.
Disuruh menyembah Allah... manusia sekutukan Allah dengan yang lain. Disuruh menuju jalan ke syurga.... manusia membuat lebuh raya ke neraka. Manusia bersedekah... lepas itu mengungkitnya. Disuruh makan yang halal... manusia kebas semua. Allah beri akal dan Iman ... manusia guna nafsu dan syaitan.Diajak ziarah kubur ...manusia ke disko/tempat hiburan.Hairankan?
Kalau tidak Menghairankan.....Hairan ?????????

Sunday, July 29, 2007

Maksud Bacaan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

رب اغفرلي وارحمنى
..............

Ya Allah, Ampunkanlah aku, Rahmatikanlah aku, Kayakanlah aku, Angkatkanlah Darjatku, Berikanlah aku Rezeki, Berikanlah aku Hidayah, Sihatkanlah aku dan Maafkanlah aku.

Maksud Doa Iftitah

الله اكبر كبيرا........
.................

Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,
dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.

Saturday, July 21, 2007

Perhatian Semua Insan

1. Keredhaan Ibubapa ...... Keredhaan Allah
Kemurkaan Ibubapa ...... Kemurkaan Allah

2. Cuba lihat muka kita semasa kita sedang sangap (menguap). Nampak cantik atau tidak. Agama kita tidak suka orang menguap (sangap). Usahalah menahannya (Khasnya ketika kita sedang sembahyang) atau kalau tak boleh,tutup mulut dengan tangan. Tahu tak syaitan (musuh kita) ketawa melihat orang sangap (menguap) kerana ... orang ini sahabat dia...

3. Kalau kita baca Al-Quran, bacalah sekali Terjemahannya. Nak lagi sedap bacalah Tafsirnya. Kat mana nak cari terjemahan dan tafsirnya? Fikir sendirilah.

Tuesday, July 17, 2007

Di hadapan Rumah Tempat Kelahiran Nabi s.a.w.


Menunaikan umrah pada Tahun 1998. Bangunan ini sekarang telah dijadikan Khutub Khanah di Mekah. Tempatnya berhampiran dengan Masjid al-Haram.

Friday, July 13, 2007

Amalan Baik Membantu

BUATLAH AMAL YANG BAIK DI DUNIA

1. Wuduk Yang Sampurna: Selamat dari seksa kubur
2. Taat pada ibu bapa : Mudah menghadapi Sakaratul Maut
3. Banyak Berzikir : Syaitan Menjauhi kita
4. Solat yang kyusuk : Lepas dari seksa api neraka
5. Taat Puasa : Tiada dahaga di akhirat
6. Haji yang Sampurna : Terang benderang di akhirat
7. Sedekah yang ikhlas: Selamat dari percikkan api neraka

Pengembara

Kehidupan Manusia:
1. Berasal dari tiada
2. Berada di Alam Roh
3. Berada di Alam Rahim
4. Lahir ke Alam Dunia
5. Masuk ke Alam Kubur (Barzakh)
6. Bangkit ke Alam Akhirat.

Di Alam Dunia:
1. Bermula dari Bayi, menjadi kanak-kanak, meningkat Dewasa, menjadi Tua.
(Dalam perjalanan ini ada yang cepat kembali ke Alam Kubur).
2. Sema di Alam Dunia manusia di suruh beribadat kepada Allah dan meninggalkan laranganNya. Melaksanakan Rukun Islam dan Percaya kepada Rukun Iman.Disuruh jua berbuat baik sesama makhluk. Untuk melaksankan ini manusia diberi Akal, Quran dan Sunnah. Diberitahu jua bahawa Syaitan itu musuh manusia.
3. Maka ada gulungan manusia yang berbuat baik dan ada yang berbuat jahat.

Apabila Mati manusia dihantar ke kubur:
Yang mengikuti ke kubur:
1.Anak-anak 2. Saudara-mara 3. Harta benda 4. Amalan manusia itu
Yang Balik selepas kita dikuburkan ialah (1),(2),(3)
Yang Masuk bersama kita di dalam kubur ialah (4)
Yang Membantu Manusia semasa Dalam Alam Kubur:
Amalannya
Ilmu baik yang ditinggalkan dan di munafaatkan oleh manusia lain
Sedekah Amal Jariahnya
Doa untuknya oleh anak-anaknya yang Soleh.

Manusia dihidupkan kembali di Alam Akhirat :
Manusia pada masa itu dalam keadaan:
Bogel
Tidak Berkhatan
Rambut Kusut-Masai
Tidak Berkasut.
Manusia Menunggu Pembalasan Allah. Hanya ada 2.(DUA) Pembalasan sahaja itu Syurga atau Neraka.
MAKA BERAKHIRLAH PENGEMBARAAN MANUSIA ITU.Wallah hu a'lam.

Wednesday, July 11, 2007

Mengulangkaji

1. Rukun Islam:
  • Mengucap Dua kalimah Syahadat

أشهد أن لآ الأ الله وأشهد أن محمدا رسول الله

  • Solat sehari semalam 5 waktu
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Zakat
  • Menunaikan Haji bagi yang mampu

2. Rukun Iman

  • Beriman (percaya) kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat-Malaikat
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Rasu-Rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qadak dan Qadar

3. Bila kita tidak tahu,kita kena BELAJAR

Bila sudah BERILMU kita kena AMAL

Bila BERAMAL kita kena YAKIN

Bila YAKIN kita kena IKHLAS

2. Membaca Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu suatu amalan yang baik. Ia menjadi penghibur hati yang duka, menghilangkan kesulitan, penawar kepada penyakit hati dan jasmani. Ia akan memberi cahaya dikala kita dalam "kegelapan", melapangkan kita bila dalam kesebukan dan mendapat syufaat dari Baginda di akhirat kelak.
Melafazkan Selawat tidak perlu wang, kenderaan mewah, rumah besar, pembesar suara, media cetak /elotronik atau publisiti. Ia boleh dilakukan oleh semua kumpulan manusia dari petani, peladang, kumpulan perkerja, sokongan, professional atau Jusa atau Pemimpin Negara.
Yang diperlukan ialah ikhlas, mengamal Sunnah Nabi, mentaati perentah Allah, mengasihi Allah,nabi, manusia dan alam di sekeliling kita.
Insya Allah akan kayalah kita di dunia dan di akhirat.
Wallah hu a'lam.

Tuesday, July 10, 2007

Pengalaman semasa mengerjakan Haji Tahun 1999:

Assalam mu alaikum............ Pada masa musim Haji kita banyak mendengar cerita (orang kata) pelik dan ganjil. Saya selalu mendengar cerita ini dari kawan-kawan yang baru balik dari mengerjakan ibadat Haji.Saya jua ingin berkongsi pengalaman saya untuk anda semua.

1. Selepas solat Asar di Masjidil Haram saya dan rakan sebilik (memang kami selalu berdua ke Masjid) menaiki lift untuk ke tingkat 11 hotel yang diberi nama "Kapal Terbang" oleh Tabung Haji.Selepas keluar dari lift kami menuju ke bilik kami. Kami ternampak ada seorang Mak Cik
terjengah-jengah (agaknya sedang mencari sesaorang). Saya pun bertanya kepadanya mencari siapa. Ia berkata, " Mencari bilik Mak Cik dan rakan-rakan sebilik" Saya terlihat pada bag ditangan Mak Cik tersebut ada lambang Tabung Haji dan ada pelekat "Kapal Layar"(Nama
sebuah lagi bangunan yang disedia oleh Tabung Haji untuk Jumaah Haji dari Malaysia).
Saya berkata agaknya Mak Cik ini tinggal di bangunan Kapal Layar.Ia menjawab bahawa setiap hari di naik ke sinilah. Saya pun mengajak rakan saya menghantar perempuan ini ke bangunan "Kapal Layar" yang letaknya bersebelahan bangunan "Kapal Terbang" cuma kena betul naik liftnya sahaja (liftnya sebelah menyembelah ).
Saya memberitahu Mak Cik tersebut supaya lain kali pergilah dengan kawan, jangan bersaorangan ke Masjid.
Pada hari esoknya saperti biasa saya dan kawan saya ke masjid dan menaiki lift untuk kebilik kami selepas solat. Di Tingkat 11 kami melihat semua bilik tertutup, kami cuba membukanya tetapi berkunci. Saya memberi salam dan mengetuk pintu bilik tersebut. Tiada jawapan.Kawan saya berkata selalunya bilik-bilik tidak pernah berkunci dan kenapa semuanya senyap . Sedang kami mengetuk dan memberi salam ( badan dah mula berpeluh) saya ternampak seorang Pemuda Arab keluar dari lift dan menuju ke arah kami. Ia berbahasa Inggeris dan bertanya kami mencari siapa.Ia menyatakan jua bahawa di tingkat ini semua disewa oleh rakan-rakannya.Saya bertanya arah bangunan Kapal Terbang. Ia senyum dan menunjukkan supaya menggunakan lift yang bersebelahan. Rupanya kami tersalah lift.
Di bilik kawan saya berkata "Kita tersalah cakap pada Mak Cik yang semalam tu menyuruhnya berkawan dan jangan berjalan seorang."
Pelajaran: Di Mekah dan Madinah jangan tersalah cakap atau tersalah niat.

2. Saya dan rakan saya (yang sama) di dalam Masjidil Haram menunggu solat Zohor. Tiba-tiba kain Ihramnya terkena Najis Burung Merpati yang agak banyak. Ia menyatakan yang ia kena balik ke bilik untuk menukar kain Ihram yang lain dan akan datang semula nanti. Balik nanti dia akan tunggu di Hadapan Pintu luar King A. Aziz (Nama sebuah pintu memasuki ke dalam Masjid...........tempat kami sentiasa masuk dan keluar masjid).Dia bertanya sambil ketawa " boleh keluar sendiri ?" . Saya jawab "Boleh , awak tunggu diluarlah nanti kita balik bersama"

Selepas solat saya menuju ke pintu King A. Aziz, tiba-tiba saya lehat tiada tangga untu turun ke tingkat bawah (saya memang selalu solat di tingkat satu). Saya menuju ke pintu lain yang berhampiran tetapi tiada juga tangga untuk turun. Saya tertanya-tanya dalam hati kemana semua tangga ke tingkat bawah dan macam mana jumaah lain turun ke bawah.
Sedang saya ke sana sini dalam ruang masjid itu saya ditegur oleh seorang jumaah dari Malaysia (melihat bag di tangannya ada lambang Tabung Haji Malaysia). Saya memberitahunya saya sedang mencari tangga untuk turun ke tingkat bawah. Tanpa berkata apa-apa di memegang tangan saya dan terus menuju ketangga berhadapan tempat saya berdiri. Memang ada tangga dan ramai jumaah sedang trun naik tangga tersebut .Saya pun turun macam biasa dan nampak kawan saya sedang menunggu di luar Masjid. Ia bertanya kenapa saya lambat. Saya senyum, dan berkata bahawa saya akan cerita nanti di bilik.
Pelajaran : Jawablah "Insya Allah" kita tidak boleh berjaya sekiranya tiada izin dariNYA.
(berjumpa lagi dan kalau ada pengalaman sila komen di sini)