Tuesday, July 10, 2007

Pengalaman semasa mengerjakan Haji Tahun 1999:

Assalam mu alaikum............ Pada masa musim Haji kita banyak mendengar cerita (orang kata) pelik dan ganjil. Saya selalu mendengar cerita ini dari kawan-kawan yang baru balik dari mengerjakan ibadat Haji.Saya jua ingin berkongsi pengalaman saya untuk anda semua.

1. Selepas solat Asar di Masjidil Haram saya dan rakan sebilik (memang kami selalu berdua ke Masjid) menaiki lift untuk ke tingkat 11 hotel yang diberi nama "Kapal Terbang" oleh Tabung Haji.Selepas keluar dari lift kami menuju ke bilik kami. Kami ternampak ada seorang Mak Cik
terjengah-jengah (agaknya sedang mencari sesaorang). Saya pun bertanya kepadanya mencari siapa. Ia berkata, " Mencari bilik Mak Cik dan rakan-rakan sebilik" Saya terlihat pada bag ditangan Mak Cik tersebut ada lambang Tabung Haji dan ada pelekat "Kapal Layar"(Nama
sebuah lagi bangunan yang disedia oleh Tabung Haji untuk Jumaah Haji dari Malaysia).
Saya berkata agaknya Mak Cik ini tinggal di bangunan Kapal Layar.Ia menjawab bahawa setiap hari di naik ke sinilah. Saya pun mengajak rakan saya menghantar perempuan ini ke bangunan "Kapal Layar" yang letaknya bersebelahan bangunan "Kapal Terbang" cuma kena betul naik liftnya sahaja (liftnya sebelah menyembelah ).
Saya memberitahu Mak Cik tersebut supaya lain kali pergilah dengan kawan, jangan bersaorangan ke Masjid.
Pada hari esoknya saperti biasa saya dan kawan saya ke masjid dan menaiki lift untuk kebilik kami selepas solat. Di Tingkat 11 kami melihat semua bilik tertutup, kami cuba membukanya tetapi berkunci. Saya memberi salam dan mengetuk pintu bilik tersebut. Tiada jawapan.Kawan saya berkata selalunya bilik-bilik tidak pernah berkunci dan kenapa semuanya senyap . Sedang kami mengetuk dan memberi salam ( badan dah mula berpeluh) saya ternampak seorang Pemuda Arab keluar dari lift dan menuju ke arah kami. Ia berbahasa Inggeris dan bertanya kami mencari siapa.Ia menyatakan jua bahawa di tingkat ini semua disewa oleh rakan-rakannya.Saya bertanya arah bangunan Kapal Terbang. Ia senyum dan menunjukkan supaya menggunakan lift yang bersebelahan. Rupanya kami tersalah lift.
Di bilik kawan saya berkata "Kita tersalah cakap pada Mak Cik yang semalam tu menyuruhnya berkawan dan jangan berjalan seorang."
Pelajaran: Di Mekah dan Madinah jangan tersalah cakap atau tersalah niat.

2. Saya dan rakan saya (yang sama) di dalam Masjidil Haram menunggu solat Zohor. Tiba-tiba kain Ihramnya terkena Najis Burung Merpati yang agak banyak. Ia menyatakan yang ia kena balik ke bilik untuk menukar kain Ihram yang lain dan akan datang semula nanti. Balik nanti dia akan tunggu di Hadapan Pintu luar King A. Aziz (Nama sebuah pintu memasuki ke dalam Masjid...........tempat kami sentiasa masuk dan keluar masjid).Dia bertanya sambil ketawa " boleh keluar sendiri ?" . Saya jawab "Boleh , awak tunggu diluarlah nanti kita balik bersama"

Selepas solat saya menuju ke pintu King A. Aziz, tiba-tiba saya lehat tiada tangga untu turun ke tingkat bawah (saya memang selalu solat di tingkat satu). Saya menuju ke pintu lain yang berhampiran tetapi tiada juga tangga untuk turun. Saya tertanya-tanya dalam hati kemana semua tangga ke tingkat bawah dan macam mana jumaah lain turun ke bawah.
Sedang saya ke sana sini dalam ruang masjid itu saya ditegur oleh seorang jumaah dari Malaysia (melihat bag di tangannya ada lambang Tabung Haji Malaysia). Saya memberitahunya saya sedang mencari tangga untuk turun ke tingkat bawah. Tanpa berkata apa-apa di memegang tangan saya dan terus menuju ketangga berhadapan tempat saya berdiri. Memang ada tangga dan ramai jumaah sedang trun naik tangga tersebut .Saya pun turun macam biasa dan nampak kawan saya sedang menunggu di luar Masjid. Ia bertanya kenapa saya lambat. Saya senyum, dan berkata bahawa saya akan cerita nanti di bilik.
Pelajaran : Jawablah "Insya Allah" kita tidak boleh berjaya sekiranya tiada izin dariNYA.
(berjumpa lagi dan kalau ada pengalaman sila komen di sini)

No comments: